Sama ada anda baru mendapati diri anda sedang hamil, sudah menjadi ibu bapa kepada bayi dan anak-anak kecil yang masih memakai lampin, anda mempunyai banyak pilhan di tangan anda.
Sama seperti membuat pertimbangan dan pilihan yang baik semsa mengandung, anda juga mahu proses menentukan dan memilih kain lampin berdasarkan semua maklumat yang dapat diperolehi untuk membuat pilihan yang baik.
Ada yang memilih menggunakan lampin guna semula berbanding penggunaan sekali bagi memastikan masa depan alam sekitar yang lebih baik untuk anak-anak kita.
Ini kerana seorang bayi, sehingga ia terlatih ke tandas, akan menggunakan kira-kira 6000 keping lampin pakai buang. Memandangkan semasa usia masih bayi, anak anda tentu akan memakai lampin setiap hari, jadi wajarlah kita menggunakan pertimbangan menentukan yang terbaik untuk permata hati kita.
(Anda hendaklah mengetahui dengan jelas perbezaan jenis-jenis lampin kain- pocket diaper, fitted diaper, diaper cover, prefold, all-in-one (AIO), dll. sebelum terus membaca. )
Perbezaan Lampin one-size dengan lampin multisize.
One-size selalunya boleh dipakai oleh kebanyakan bayi asalkan beratnya sekitar 3kg sehingga 15 atau 16kg. Jadi jangkaan hayat lampin adalah dari baru lahir sehingga umur kira-kira 3 tahun.
Lampin multisize datang dalam 3 sehingga 6 saiz, iaitu dari saiz Xtra Small sehingga Xtra Large. Biasanya ia terdapat dalam saiz Small, Medium dan Large, atau S, M dan L.
Ramai memilih one-size kerana ekonominya. Secara praktikalnya, ia boleh dipakai oleh dua anak yang berlainan umur dan saiz. Lazimnya, mengkiut pengalaman, si kakak atau abang berumur sekitar setahun setengah dan akan dapat adik, jadi ibu bapa akan membeli one-size.
One-size akan mendatangkan masalah fit pada bayi newborn yang masih kecil. Masa tu, kita sendiri dapat tengok kaki bayi masih kecil dan kurus, dan tak padan dengan diaper one-size, nak kena lipat-lipat atau butang-butangkan untuk dapatkan fit yang sesuai. Kadang-kadang bayi kembung perut, perutnya naik sikit, dan longgar pulak kat bahagian kaki.
Bagi multisize, fitnya memang cantik sebab kita membeli mengikut saiz bayi pada masa itu. Bila dah tak muat, kita beli pula saiz yang lagi satu, dan simpan pula yang dah tak muat tu. Masalah timbul sebab semua orang tahu, bayi cepat tumbesarannya. Berapa bulan sangat la dapat pakai satu saiz tu, dan nak kena beli yang baru pulak bila dah tak muat.
Jadi, terpulang pada pilihan sendiri nak pilih one-size atau multi-size. Campur-campur penggunaannya pun boleh juga. Masa baby kecil saiznya, guna saiz S dan M. Bila dah besar sikit, boleh gunakan one-size sampai umur 3 tahun.
Nak pakai sistem lampin yang mana?
Kenapa?
Sebab pocket diaper dan insert boleh diasingkan. Pocket diaper cepat kering. Insert, kita perlu sediakan lebih. Kalau anak kencing banyak, kita boleh masukkan extra insert supaya kita tak perlu bangun malam untuk tukar lampin. Dan insert juga akan ambik masa nak kering, jadi elok la ada lebih.
Berapa banyak diperlukan kalau guna pocket diaper dengan insert sahaja?
Kalau bercadang nak basuh hari-hari:
8-12 pocket diaper
20 insert
---------------
Yang paling ekonomi:
Prefold dengan cover
Kenapa?
Prefold murah, sekali beli boleh dapat 6 helai, tebal-tebal pulak tu.
Boleh dijadikan insert dalam pocket diaper kalau suka.
Diaper cover, memadai ada sekitar 4 helai satu saiz. Bila tukar lampin, kalau tak nampak kotor, boleh lapkan saja dengan kain lembab, pastu boleh pakai semula.
Oleh sebab prefold ni dibuat dari kain kapas, jadi dia akan nampak basah bila tukar lampin. Seelok-eloknya, tambahkan stay-dry doubler untuk serapan lebih dan supaya kulit bayi terus kering.
Berapa diperlukan?
Jika bercadang nak basuh setiap hari:
15 helai prefold bagi satu saiz
4 helai diaper cover untuk setiap saiz
6-8 stay-dry doubler
-----------------------
Fitted dengan cover
Pemakaian lebih mudah dari prefold dengan cover, tapi mahal sedikit
Berapa diperlukan (jika basuh setiap hari)
5-12 helai fitted diaper setiap saiz
4 diaper cover setiap saiz
6 stay-dry doublers
-------------------------
All-In-One (AIO)
Kelebihannya:
Yang paling senang dipakai, tapi mungkin juga yang paling tinggi kosnya
Memudahkan kaum bapa dan penjaga bayi yang tidak biasa dengan penggunaan CD jenis lain.
Berapa diperlukan?
12-24 helai untuk seorang bayi sekiranya memakai AIO sahaja
Doubler sekiranya serapan sedia ada tidak mencukupi.
-------------------
Sistem yang saya cadangkan?
CAmpuran, Mix n Match. One-size dengan multisize, prefold, fitted dengan cover, pocket, AIO. Kalau suka lampin kain 4 segi tu pun, boleh juga.
Cuba semuanya, dapatkan 'feel' yang mana kita suka. Yang penting, kita suka dan bukan ikut-ikutan sebab kawan pakai.
Kalau nak cuba sikit-sikit, boleh cuba yang ni dulu:
3-4 helai one-size dengan insert
3-4 helai pocket diaper multisize dengan insert
3-4 helai AIO
3-4 helai fitted
6 helai prefold
3 diaper cover
3 stay-dry doublers
Snappi Diaper Fastener
------------------
Lain pada tu, kita perlu tahu, bila kita rasa sesuai nak basuh diaper. Basuh setiap hari atau selang sehari atau 2-3 hari. Semakin lama masa antara basuhan, semakin banyak diaper dan insert dan aksesori lain diperlukan.
Adalah penting juga untuk kita tentukan cara menyimpan diaper yang sudah dipakai. Saya cadangkan sistem baldi kering, atau dry pail system. Caranya, selepas diaper dipakai, kita bilas untuk buangkan sebarang najis pepejal yang melekat dan masukkan dalam baldi. Bila dah cukup 5-8 helai lampin dengan insert, terus masukkan dalam mesin basuh. Selalunya, small load dah cukup. Dan mesin basuh automatik akan spin sekali, jadi kalau sidai malam tu juga bawah kipas, esok dah kering.
Harap dapat membantu buat pilihan yang memuaskan hati, tidak membebankan dan menepati bajet..






